Sunday, May 2, 2010

Dinamika Gerakan Mahasiswa Masa Hadapan

Kuala Lumpur – 30 April : Pertemuan antara Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia ( KAMMI) baru-baru ini mencetuskan perkongsian idea bagi merancakkan gerakan mahasiswa Islam dan agenda dakwah kedua-dua negara. Kehadiran delegasi dari Indonesia yang diketuai oleh saudara Rijalul Imam, Ketua Umum KAMMI Pusat bersama sahabat seangkatan dari Indonesia yang lain disambut mesra oleh saudara Idris Yussof, Presiden GAMIS bersama pimpinan-pimpinan kampus seluruh Malaysia.


Pertemuan singkat dan sesi dialog selama 3 jam ini telah berjaya merangsang mahasiswa untuk mencetuskan satu pemikiran baru dalam metod dakwah dan siasah. Ia penting bagi menghasilkan momentum baru dalam ketumbukan gerakan mahasiswa Islam tanah air kini.



Pertukaran pendapat dan idea bersama dalam merancakkan gerakan dakwah di negara masing-masing dan mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara dua negara.

Mahasiswa hari ini percaya, pertemuan seterusnya sebegini perlu direncanakan lagi di masa hadapan bagi memantapkan kedua-kedua insitusi gerakan mahasiswa kini.



Saturday, April 17, 2010

GAMIS Perak Bantah Hubungkait Malaysia-APCO Worldwide


Sebahagian daripada yang menyertai demonstrasi


Hubungkait parti pemerintah dengan rejim zionis semakin sukar dibendung

Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) Perak membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan Malaysia melantik firma perunding APCO Worldwide dalam membantu menaikkan imej kepimpinan negara pada masa kini.

Dalam satu demonstrasi menyatakan bantahan terhadap perkara tesebut di ibu negeri baru-baru ini, GAMIS Perak mempersoalkan kenapa pihak kerajaan begitu beria-ia hendak menganugerahkan kontrak kepada syarikat berkenaan, walhal sudah dibuktikan firma tersebut jelas mempunyai kaitan dengan pihak Israel dan Yahudi la'natullah.

GAMIS Perak mewakili suara para mahasiswa dan mahasiswi di negeri ini, dengan tegas menyatakan pendirian anak-anak muda negara, bahawa tindakan kerajaan tersebut merupakan sesuatu yang amat dikesali. Bukan sahaja wang rakyat disalurkan untuk dibayar kepada pihak yang tidak betul, malah seolah-olah menampakkan umat Islam di rantau ini sudah semakin redha dengan tindakan rejim ganas zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza. Rahsia-rahsia negara juga sudahpun diketahui oleh pihak luar yang sememangnya membuka ruang ancaman keselamatan seluas-luasnya kepada negara.

Tuntutan GAMIS Perak adalah jelas, yakni dengan mendesak pihak kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, untuk membatalkan serta merta kontrak APCO Worldwide yang dimeterai bersama kerajaan. Menjadi hak mana-mana rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu-isu semasa, tanpa mengira usia dan kedudukan, untuk menegur dan menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah, demi untuk kebaikan bersama.

Demonstrasi yang sama turut berlangsung serentak di negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan gelombang desakan yang lebih berkesan terhadap isu tersebut.

KENYATAAN RASMI GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK



Thursday, April 8, 2010

Seminar Fiqh Al-Awlawiyyat









Monday, April 5, 2010

Mari Menyumbang - LAMBAI '10


Assalamu'alaikum


Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) dengan kerjasama Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman akan menganjurkan Program Lambaian Menara Gading 2010 Peringkat Negeri Kedah buat julung kalinya.


Alhamdulillah, kerjasama yang diperoleh daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah begitu memberangsangkan. Kerajaan negeri yang diwakili oleh Ustaz Musoddaq Ahmad telah pun menyampaikan sumbangan terhadap program ini.


Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan agar makluman ini dapat disebarkan dengan lebih meluas kepada semua mahasiswa dan mahasiswi kampus, terutamanya di bahagian utara tanahair, agar tidak melepaskan kesempatan ni untuk menghantar adik2 mereka hadir ke program ini.


InsyaAllah, sama-sama menyumbang dan semoga bermanfaat buat semua.




Wednesday, March 17, 2010

Thursday, February 11, 2010

Liqa' Mahabbah GAMIS Perak - Pusat 2010

BISMILLAHWALHAMDULILLAH

Pada 7 Februari 2010 Gamis Perak
telah berjaya mengadakan Liqa’ Mahabbah 2010 atau Persidangan Meja Bulat Gamis Perak bersama Gamis Pusat bertempat di Slim River. Liqa’ ini telah dihadiri oleh beberapa orang wakil setiap kampus di seluruh Perak.


Antara agenda yang telah dilaksanakan antaranya adalah perasmian Gamis Perak oleh setiausaha agung Gamis Pusat ust. Mohd Zaki. Setelah itu, sesi Pengenalan
Gamis Pusat oleh wakil Gamis Pusat iaitu ust. Mohd Zaki, ustzh Nurul Izzatie Aziz merupakan Timbalan Pengerusi SIGMA dan ustzh. Aisyah Abu Bakar pula sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah Kampus Nasional (MDKN). Sesi perkongsian dan soal jawab antara kedua-dua belah pihak telah memberikan input-input yang berguna kepada wakil-wakil kampus Perak selain mengetahui perkembangan program yang akan dan sedang dilaksanakan oleh Gamis Pusat.Gamis Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir dan seterusnya telah menjayakan program ini dengan lancar. Tidak lupa juga kepada wakil Gamis Pusat yang sanggup berkorban masa untuk bersama-sama turun padang bertemu mahasiswa kampus seluruh Perak. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

sedikit gambar kenangan sepanjang Liqa' Mahabbah.











BANTUAN KEWANGAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya, Gamis Perak telah pun menyampaikan bantuan kewangan kepada kedua-dua buah keluarga Almarhum Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin dan Almarhum Mohd Faizol Syukor yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pada 11 Januari 2010 dan kedua-dua mangsa merupakan mahasiswa UPSI.

http://alfatihah-mohdfadhiri.blogspot.com/

Almarhum ust.Mohd Faizol

Bantuan kewangan telah disampaikan pada minggu lepas iaitu pada 2 Februari 2010. Kutipan telah berjaya dikumpulkan daripada semua kampus seluruh Perak dan individu-individu yang prihatin dengan jumlah kutipan adalah sebanyak RM 1820, kutipan ini telah dibahagikan kepada dua untuk diserahkan kepada kedua-dua buah keluarga Almarhum. Bantuan kewangan ini diserahkan di atas nama Gamis Perak dan pihak kami juga telah menghubungi kedua-dua buah keluarga. Pihak kami Gamis Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk sama-sama membantu kedua-dua buah keluarga yang terlibat. Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua Almarhum ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Akhir kalam, Jazakumullahu khairan jazak kepada semua.

Tentang Blog Ini

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
GAMIS Perak merupakan singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Negeri Perak. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (N.G.O.). Keahliannya terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang ingin memperjuangkan kedaulatan Islam di negeri Perak. Ia adalah sebagai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W.

Janji Allah: Menang atau Syahid

Janji Allah: Menang atau Syahid
Pemergian Al-Marhum Akh Fadhiri & Akh Faizol, Semoga mereka tergolong dikalangan HambaNya yang Syahid Fi Sabilillah.