Saturday, April 17, 2010

GAMIS Perak Bantah Hubungkait Malaysia-APCO Worldwide


Sebahagian daripada yang menyertai demonstrasi


Hubungkait parti pemerintah dengan rejim zionis semakin sukar dibendung

Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) Perak membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan Malaysia melantik firma perunding APCO Worldwide dalam membantu menaikkan imej kepimpinan negara pada masa kini.

Dalam satu demonstrasi menyatakan bantahan terhadap perkara tesebut di ibu negeri baru-baru ini, GAMIS Perak mempersoalkan kenapa pihak kerajaan begitu beria-ia hendak menganugerahkan kontrak kepada syarikat berkenaan, walhal sudah dibuktikan firma tersebut jelas mempunyai kaitan dengan pihak Israel dan Yahudi la'natullah.

GAMIS Perak mewakili suara para mahasiswa dan mahasiswi di negeri ini, dengan tegas menyatakan pendirian anak-anak muda negara, bahawa tindakan kerajaan tersebut merupakan sesuatu yang amat dikesali. Bukan sahaja wang rakyat disalurkan untuk dibayar kepada pihak yang tidak betul, malah seolah-olah menampakkan umat Islam di rantau ini sudah semakin redha dengan tindakan rejim ganas zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza. Rahsia-rahsia negara juga sudahpun diketahui oleh pihak luar yang sememangnya membuka ruang ancaman keselamatan seluas-luasnya kepada negara.

Tuntutan GAMIS Perak adalah jelas, yakni dengan mendesak pihak kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, untuk membatalkan serta merta kontrak APCO Worldwide yang dimeterai bersama kerajaan. Menjadi hak mana-mana rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu-isu semasa, tanpa mengira usia dan kedudukan, untuk menegur dan menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah, demi untuk kebaikan bersama.

Demonstrasi yang sama turut berlangsung serentak di negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan gelombang desakan yang lebih berkesan terhadap isu tersebut.

KENYATAAN RASMI GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK



No comments:

Post a Comment

Tentang Blog Ini

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
GAMIS Perak merupakan singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Negeri Perak. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (N.G.O.). Keahliannya terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang ingin memperjuangkan kedaulatan Islam di negeri Perak. Ia adalah sebagai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W.

Janji Allah: Menang atau Syahid

Janji Allah: Menang atau Syahid
Pemergian Al-Marhum Akh Fadhiri & Akh Faizol, Semoga mereka tergolong dikalangan HambaNya yang Syahid Fi Sabilillah.