Saturday, January 23, 2010

9 pelajar ditahan bantah p'raya kampus

Jan 23, 10 1:49pm


Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.



Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai. Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.Mereka adalah

1.Hilman Idham,

2.Aizat Salleh,

3.Mohammad Za'im Mustapha,

4. Ahmad Shukri Kamarudin,

5. Ahmad Syukri Abdul Razak,

6. Mohammad Idris Yusoff (Presiden GAMIS Pusat),

7. Fikhri Harun,

8. Syahriul Ismail, dan

9. Ridhuan Jamil.

Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.
Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak.
Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit.
dipost oleh Admin Blog GAMIS Perak

BERITA PERAK : TV Pembohong Besar, Jawapan kepada Isu di Sungai Siput.

Saya amat kesal dengan putar belit dan lakonan yang sangat terancang oleh pihak TV yang menyiarkan berita yang kononnya Perak dalam porak peranda sejak di perintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Berita dan olahan yang tidak bertanggungjawab itu saya bantah dengan sekeras-kerasnya dan saya anggap dirancang oleh pihak tertentu bersempena dengan PR Kuala Terengganu Sabtu ini.

Berbohongnya TV kali ini sangat lah besar bohongnya. Ibarat kan seorang kanak-kanak ditanya berapakah umurnya katanya 50 tahun, bila ditanya berapa umur bapanya, jawabnya 9 tahun sahaja.

Bernasib malang lagi rakyat Malaysia yang senantiasa dihidangkan dengan berita-berita rekaan yang berniat jahat dan songsang itu.

Difahamkan Penghulu Mukin Sungai Siput akan menghantar laporan lengkap ke Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.

Berikut adalah jawapan saya kepada isu tersebut.
ISU GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.

Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa.

Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut.

Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

ISU GERAI MILIK MAJLIS DAERAH SUNGAI SIPUT

Sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar .

Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakun-pelakun kepada berita rekaan itu.

Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan adalah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah.

Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.

Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu.

Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anaknya sendiri. Itulah yang keluar di TV, bukannya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap.

PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya.

Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakun kepada klip berita bohong tersebut.

Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat. jawatan Dato' telah melayang sudah.

Baiklah jadi wakil rakyat yang disayangi oleh semua sebelum Dato' bersara dari politik, makin tua makin menjadi dengan kerja amal bukan kerja bohong.

YB. Drs. Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong /
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan,
Kerajaan Negeri Perak.

//cinaIslam

Friday, January 22, 2010

DERMASISWA IPTA

Selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Perak, ia telah membawa banyak polisi-polisi yang berbentuk kebajikan. Antaranya ialah Program Dermasiswa bagi anak-anak Perak yang diterima masuk ke IPTA. Setiap anak Perak yang mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di IPTA telah diberi saguhati sebanyak RM1000.00. Seramai 6000 orang mahasiswa Perak berjaya mendapat ganjaran ini. Mereka boleh menggunakannya sebagai wang saku untuk perbelanjaan awal. Dermasiswa ini tidak perlu dibayar balik kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk program ini. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja kerajaan kebajikan, ia juga amat prihatin terhadap pendidikan anak-anak Perak. Pemberian-pemberian seperti ini membuat orang-orang BN bagaikan 'udang menggeletek dalam tangguk'. Akhirnya mereka telah merampas kuasa di Perak.

Wednesday, January 20, 2010

Seminar Mencari Cinta di RCMP


SEMINAR MENCARI CINTA

Tarikh
: 7 Febuari 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 am - 1.00 pm

Tempat : Auditorium ACC Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh

Panelis Undangan

Ustaz Hasrizal Abd Jamil
( Saifulislam.com)

Penulis Buku " Aku Terima Nikahnya"

YURAN : RM 15 Sahaja termasuk makan tengahhari

Siapa yang berminat boleh hubungi :

Najib Adnan : 013-2472868

Azie : 012-9360997

Amy : 014-8229457

Lawati Blog Rasmi ISC-RCMP


Tuesday, January 19, 2010

Poster: Sharing Session, UTP's Mission to Padang, Indonesia

Assalaamu'alaikum wrm wbt.



Untuk makluman: Perkongsian ini dibuat susulan daripada MISI BANTUAN KEMANUSIAAN UTP KE PADANG INDONESIA olehRakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (RM UTP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP) dan Unit Sokongan Kolej Kediaman UTP (RCSU UTP) pada 16 Januari 2010 hingga 19 Januari 2010.


SEMUA DI JEMPUT HADIR



Gambar: Dari kiri: Syawal (Wakil Kolej Kediaman), Mu'id (Wakil MPPUTP), Penasihat, Mohd Hakim Mohd Nor (Presiden Alumni Rakan Masjid), Akram Ismail (Presiden Rakan Masjid), Rector UTP, Pengarah HEP UTP, Ustaz Rahmat, Mu'min Al-Haafiz, Abdul Hadi.

Poster Aktiviti GAMIS Pusat: Implikasi Penggunaan Kalimah Allah Di Malaysia

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Perjumpaan GAMIS Perak bersama dengan Mufti Perak sempena Ko-SPIN '09

Nota: Artikel ini ditulis pada sesi kepimpinan GAMIS Perak yang lalu (2009) sebelum blog ini diwujudkan. Artikel di letakkan sebagai arkib gerak kerja GAMIS Perak sessi lalu.

Tarikh pertemuan: 9 Jun 2009
Tempat pertemuan: Pejabat Mufti Negeri Perak
Tujuan pertemuan: Menanyakan pendapat dan buah fikiran Mufti Perak.

GAMIS Perak : Assalamualaikum wbr. Terima kasih kerana sudi menerima permohonan kami untuk bertemu dengan Dato’ Seri biarpun jadual yang begitu padat.Kami amat berbesar hati dapat bertemu bual dengan Dato’ Seri yang cukup disegani sebagai seorang mufti yang konsisten dan lantang memperjuangkan isu ummah seperti isu gejala murtad suatu ketika dahulu. Baiklah, diringkaskan cerita, selaku orang yang cukup masak dalam lapangan masyarakat dan berdepan secara langsung dengan permasalahan ummah, apakah pandangan Dato’ Seri berhubung dengan sistem pendidikan khususnya sistem pendidikan Islam yang diamalkan di Malaysia kini?

Mufti Perak : Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Baiklah, sewaktu zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah merubah Kementerian Pelajaran kepada Kementerian Pendidikan, dengan tujuan bahawa kita bukan belajar ilmu sekadar untuk melahirkan intelektual semata-mata, tapi kita belajar untuk menjadi seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Kerana itulah diubah kepada Kementerian Pendidikan. Jadi termasuk dalam usaha ini yang kita panggil sebagai tarbiyyah Islamiah. Saya dah bangkitkan lama isu pendidikan Islam ini, satu di antaranya kesilapan yang paling besar pernah dibuat ialah apabila subjek pendidikan Islam ini tidak dijadikan matapelajaran yang wajib , ia hanya menjadi subjek sampingan. Yang kedua, Islam hanya diajar untuk pengetahuan bukan untuk amalan, jadi kerana itu kita kena ubah sistem yang sedia ada ini. Umpamanya kita kena usahakan dalam bahagian pendidikan aqidah, tekankan bahagian aqidah Islamiyah ini sehingga para pelajar kita benar-benar menjadi yakin dan benar pegangan aqidahnya. Kita juga perlu tekankan aspek pendidikan syariah Islamiyyah, hingga mereka merasakan satu kewajiban untuk melaksanakan syariat Allah, barulah akan lahir manusia yang sebenar-benar mukmin .

Gamis Perak : Jadi Dato’ Seri, izinkan saya mencelah. Apa yang dinyatakan Dato’ sebentar tadi menggambarkan kelompongan yang begitu ketara dalam sistem pendidikan Islam di Negara ini. Sekiranya tiada perubahan dilakukan, bagaimanakah Dato’ Seri melihat natijah yang bakal berlaku?

Mufti Perak : Sekiranya ini tidak dilaksanakan akan melahirkan manusia yang muslim hanya pada nama, bahkan jauh daripada ciri-ciri yang layak selaku mukmin. Ini yang kita kena ubah. Saya dah bercakap lama isu ini , tapi ramai orang marah. Akibat dari sistem pendidikan yang pincang ini yang kita tinggalkan terus urusan agama, akhirnya lahir satu generasi yang hanya hidup dalam kepalanya memikirkan soal kebendaan, diburukkan lagi dengan sogokan media-media dengan hedonism dan pesta-pesta yang bukan-bukan, sehingga masyarakat menjadi lalai. Maka ketika inilah kita lihat anak muda kita mudah dipengaruhi dengan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya yang dengan itu dijadikan umpan untuk merosakkan umat.

Gamis Perak : Bercakap berkenaan kerosakan ummat, pada kami, kami melihat kaitan yang begitu rapat antara pendidikan Islam dan isu keruntuhan akhlak dan kekosongan jiwa masyarakat daripada penghayatan Islam yang akhirnya menjurus kepada lemahnya iman dan berleluasanya gejala murtad. Adakah Dato’ Seri bersetuju dengan kenyataan ini dan bolehkah Dato’ Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato’ Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?

Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi. Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah? Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan. Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).

Gamis Perak : Jadi, apakah langkah yang sepatutnya kita lakukan?

Mufti Perak : Saya rasa sampai masanya kita kena bertindak dan lakukan sesuatu. Keadaan yang sedia ada ini perlu diubah dan diperbetulkan. Saya amat berharap agar kongres ini sebolehnya dijemput semua ngo-ngo,badan-badan, dan parti-parti politik termasuklah UMNO sebagai satu force dan kuasa yang cukup kuat untuk mendesak kerajaan berfikir dan melakukan perubahan demi kesejahteraan generasi akan datang. Gamis Perak: Untuk pengetahuan Dato’ Seri, insyaALLAH wakil-wakil dari ngo, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan parti-parti politik termasuklah UMNO memang telah dijemput untuk menghadiri kongres ini. Izinkan saya bertanyakan soalan yang terakhir, sekiranya perubahan tidak dilakukan, apakah yang akan terjadi, dan apakah harapan Dato’ Seri terhadap usaha kami dalam menganjurkan kongres ini?Mufti Perak : Saya berpandangan, selagi sistem pendidikan Islam terus dianaktirikan dan dipandang sebagai benda sampingan, maka selagi itulah masalah kepincangan ummah dan kerosakan nilai ini tidak akan berubah ke arah yang lebih baik bahkan akan bertambah parah lagi. Alhamdulillah , saya amat terharu kerana kesedaran ini timbul dari penuntut atau mahasiswa itu sendiri. Sepatutnya warga pendidik yang sedar dan berjuang melaukan tindakan yang sepatutnya tetapi tidak berlaku sebaliknya perubahan mahu dilakukan oleh kaum mahasiswa.. Saya rasa saya amat bersetuju dengan penganjuran kongres ini dan berbesar hati untuk mengikutinya, dan berharap hasil yang lumayan daripada kongres ini. Saya amat-amat berharap, selama hayat masih ada di dunia ini, saya mahu lihat sistem pendidikan Islam di Negara ini diangkat dan diutamakan sebagai kunci penyelesaian masalah ummah yang kian parah ini..

Gamis Perak : Terima kasih Dato’ Seri..

Wassalaam
GAMIS PERAK

Tentang Blog Ini

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
GAMIS Perak merupakan singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Negeri Perak. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (N.G.O.). Keahliannya terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang ingin memperjuangkan kedaulatan Islam di negeri Perak. Ia adalah sebagai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W.

Janji Allah: Menang atau Syahid

Janji Allah: Menang atau Syahid
Pemergian Al-Marhum Akh Fadhiri & Akh Faizol, Semoga mereka tergolong dikalangan HambaNya yang Syahid Fi Sabilillah.