Thursday, June 10, 2010

PROGRAM ANTI ISRAEL DI KAMPUS UTP

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini.Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela. Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini. Yang terbaru ialah serangan tentera komando Israel terhadap kapal “Bantuan Kemanusiaan Freedom Flotilla” pada 31 Mei 2010. Seramai 19 dilaporkan syahid ketika serangan manakala lebih 30 orang cedera. Tiada senjata yang dibawa. Tiada alatan perang yang dibawa.Tapi mengapa kita diserang dengan senjata canggih? Jangan lupa janji Allah yang Islam tetap akan menang.


Jumaat ini, 11 Jun 2010

Akan diadakan 2 aktiviti anjuran MPPUTP dengan kerjasama MPP IPT di PERAK dan 20 buah kelab dan persatuan di UTP dibawah

United Students for Gaza (US4G) untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Israel membedil Gaza dan menyekat bantuan kemanusiaan ke sana

1. Wacana Ilmiah “Palestin Kita Akan Merdeka”

Masa : 10.00 pagi -12.00 t.hari

Tempat : Dewan Utama (Main Hall), UTP

2 Panel Istimewa :

1. Mustafa Mansur

(Salah seorang dari 12 Aktivis Malaysia turut serta dalam Freedom Flotilla di atas Kapal Mavi Marmara)


2. Ismaruzaini binti Ibrahim
Koordinator IPT/IPTS Konvoi Nasional Buat Gaza
,

Juga akan diadakan tayangan video istimewa tentang Gaza.

2. RALLY/DEMONSTRASI/PEACEFUL GATHERING

Masa : Selepas Solat Jumaat

Tempat : Di perkarangan Masjid An-Nur, UTP


Jadi, memohon jasa baik semua untuk:

1. Mem”forward”kan e-mail ini kepada sahabat sekerja/masyarakat sekitar dan kepada sesiapapun demi kebaikan semua dan mempromosikan aktiviti ini.

2. Mempromosikan page Facebook seperti di URL yang tertera kerana maklumat mengenai aktiviti ini dan update mengenai apa yang terjadi di Palestin akan diberitahu melalui medium ini.

http://www.facebook.com/pages/UNITED-STUDENTS-4-GAZA-US4G/119003978141864?ref=ts

3. Yang penting TURUT SERTA dalam 2 aktiviti tersebut dan mengajak sesiapa sahaja untuk turut serta dalam kedua-dua aktiviti ini tidak kira muslim/non-muslim, warga tempatan/international, masyarakat sekitar, lelaki, perempuan etc.

(Perempuan dan Non-Muslim akan berkumpul di depan Sports Complex pada pukul 1.50 tgh hari)

Warna Tema : Hitam, Putih dan Merah

Semoga segala amalan kita dikira sebagai ibadah dan usaha kita untuk menolong saudara kita di Palestin. Sudah tibanya masa untuk kita bersatu dalam menegakkan kebenaran.

Sunday, May 30, 2010

Terkini!! - Konvoi Bantuan ke Gaza Diserang Israel

Assalamu'alaikum

Pembaca blog GAMIS Perak budiman,

GAMIS Perak menyeru sekalian anda untuk memperbanyakkan doa serta solat hajat terhadap satu lagi kekejaman rejim Zionis la'natullah ini.

Israel telah menyerang konvoi LifeLine4Gaza, bilangan syuhada dan parah dilaporkan semakin meningkat. Nyawa rakyat Malaysia yang turut menyertai konvoi tersebut juga dalam bahaya.

Sesungguhnya Yahudi tidak akan sekali-kali redha sehinggalah semua menurut telunjuk dan kehendak mereka.

Hulurkanlah bantuan dengan sekurang-kurangnya bermunajat kepada Allah SWT, mudah-mudahan diringankan ujian sahabat se'aqidah kita di sana. GAMIS Perak juga mengajak sekalian pelawat blog ini untuk menyebarkan berita ini.

Ikuti perkembangan terkini di paletinkini.info, juga www.presstv.ir/live

Sunday, May 2, 2010

Dinamika Gerakan Mahasiswa Masa Hadapan

Kuala Lumpur – 30 April : Pertemuan antara Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia ( KAMMI) baru-baru ini mencetuskan perkongsian idea bagi merancakkan gerakan mahasiswa Islam dan agenda dakwah kedua-dua negara. Kehadiran delegasi dari Indonesia yang diketuai oleh saudara Rijalul Imam, Ketua Umum KAMMI Pusat bersama sahabat seangkatan dari Indonesia yang lain disambut mesra oleh saudara Idris Yussof, Presiden GAMIS bersama pimpinan-pimpinan kampus seluruh Malaysia.


Pertemuan singkat dan sesi dialog selama 3 jam ini telah berjaya merangsang mahasiswa untuk mencetuskan satu pemikiran baru dalam metod dakwah dan siasah. Ia penting bagi menghasilkan momentum baru dalam ketumbukan gerakan mahasiswa Islam tanah air kini.



Pertukaran pendapat dan idea bersama dalam merancakkan gerakan dakwah di negara masing-masing dan mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara dua negara.

Mahasiswa hari ini percaya, pertemuan seterusnya sebegini perlu direncanakan lagi di masa hadapan bagi memantapkan kedua-kedua insitusi gerakan mahasiswa kini.



Saturday, April 17, 2010

GAMIS Perak Bantah Hubungkait Malaysia-APCO Worldwide


Sebahagian daripada yang menyertai demonstrasi


Hubungkait parti pemerintah dengan rejim zionis semakin sukar dibendung

Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) Perak membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan Malaysia melantik firma perunding APCO Worldwide dalam membantu menaikkan imej kepimpinan negara pada masa kini.

Dalam satu demonstrasi menyatakan bantahan terhadap perkara tesebut di ibu negeri baru-baru ini, GAMIS Perak mempersoalkan kenapa pihak kerajaan begitu beria-ia hendak menganugerahkan kontrak kepada syarikat berkenaan, walhal sudah dibuktikan firma tersebut jelas mempunyai kaitan dengan pihak Israel dan Yahudi la'natullah.

GAMIS Perak mewakili suara para mahasiswa dan mahasiswi di negeri ini, dengan tegas menyatakan pendirian anak-anak muda negara, bahawa tindakan kerajaan tersebut merupakan sesuatu yang amat dikesali. Bukan sahaja wang rakyat disalurkan untuk dibayar kepada pihak yang tidak betul, malah seolah-olah menampakkan umat Islam di rantau ini sudah semakin redha dengan tindakan rejim ganas zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza. Rahsia-rahsia negara juga sudahpun diketahui oleh pihak luar yang sememangnya membuka ruang ancaman keselamatan seluas-luasnya kepada negara.

Tuntutan GAMIS Perak adalah jelas, yakni dengan mendesak pihak kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, untuk membatalkan serta merta kontrak APCO Worldwide yang dimeterai bersama kerajaan. Menjadi hak mana-mana rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu-isu semasa, tanpa mengira usia dan kedudukan, untuk menegur dan menyuarakan pandangan kepada pihak pemerintah, demi untuk kebaikan bersama.

Demonstrasi yang sama turut berlangsung serentak di negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan gelombang desakan yang lebih berkesan terhadap isu tersebut.

KENYATAAN RASMI GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) PERAK



Thursday, April 8, 2010

Seminar Fiqh Al-Awlawiyyat









Tentang Blog Ini

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
GAMIS Perak merupakan singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Negeri Perak. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (N.G.O.). Keahliannya terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang ingin memperjuangkan kedaulatan Islam di negeri Perak. Ia adalah sebagai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W.

Janji Allah: Menang atau Syahid

Janji Allah: Menang atau Syahid
Pemergian Al-Marhum Akh Fadhiri & Akh Faizol, Semoga mereka tergolong dikalangan HambaNya yang Syahid Fi Sabilillah.