Blog Rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Negeri Perak
Friday, January 22, 2010
DERMASISWA IPTA
Selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Perak, ia telah membawa banyak polisi-polisi yang berbentuk kebajikan. Antaranya ialah Program Dermasiswa bagi anak-anak Perakyang diterima masuk ke IPTA. Setiap anak Perak yang mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di IPTA telah diberi saguhati sebanyak RM1000.00. Seramai 6000 orang mahasiswa Perak berjaya mendapat ganjaran ini. Mereka boleh menggunakannya sebagai wang saku untuk perbelanjaan awal. Dermasiswa ini tidak perlu dibayar balik kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk program ini. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja kerajaan kebajikan, ia juga amat prihatin terhadap pendidikan anak-anak Perak. Pemberian-pemberian seperti ini membuat orang-orang BN bagaikan 'udang menggeletek dalam tangguk'. Akhirnya mereka telah merampas kuasa di Perak.
GAMIS Perak merupakan singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Negeri Perak. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (N.G.O.). Keahliannya terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang ingin memperjuangkan kedaulatan Islam di negeri Perak. Ia adalah sebagai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W.
WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK....
-
WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK..... - belajar di Pasar Jumaat"Ustaz, minggu
depan saya program dengan Bob Lokman di Perak", cerita Abang Ijam (bekas
vokalis k...
No comments:
Post a Comment