Thursday, February 11, 2010

Liqa' Mahabbah GAMIS Perak - Pusat 2010

BISMILLAHWALHAMDULILLAH

Pada 7 Februari 2010 Gamis Perak
telah berjaya mengadakan Liqa’ Mahabbah 2010 atau Persidangan Meja Bulat Gamis Perak bersama Gamis Pusat bertempat di Slim River. Liqa’ ini telah dihadiri oleh beberapa orang wakil setiap kampus di seluruh Perak.


Antara agenda yang telah dilaksanakan antaranya adalah perasmian Gamis Perak oleh setiausaha agung Gamis Pusat ust. Mohd Zaki. Setelah itu, sesi Pengenalan
Gamis Pusat oleh wakil Gamis Pusat iaitu ust. Mohd Zaki, ustzh Nurul Izzatie Aziz merupakan Timbalan Pengerusi SIGMA dan ustzh. Aisyah Abu Bakar pula sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah Kampus Nasional (MDKN). Sesi perkongsian dan soal jawab antara kedua-dua belah pihak telah memberikan input-input yang berguna kepada wakil-wakil kampus Perak selain mengetahui perkembangan program yang akan dan sedang dilaksanakan oleh Gamis Pusat.Gamis Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir dan seterusnya telah menjayakan program ini dengan lancar. Tidak lupa juga kepada wakil Gamis Pusat yang sanggup berkorban masa untuk bersama-sama turun padang bertemu mahasiswa kampus seluruh Perak. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

sedikit gambar kenangan sepanjang Liqa' Mahabbah.











BANTUAN KEWANGAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya, Gamis Perak telah pun menyampaikan bantuan kewangan kepada kedua-dua buah keluarga Almarhum Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin dan Almarhum Mohd Faizol Syukor yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pada 11 Januari 2010 dan kedua-dua mangsa merupakan mahasiswa UPSI.

http://alfatihah-mohdfadhiri.blogspot.com/

Almarhum ust.Mohd Faizol

Bantuan kewangan telah disampaikan pada minggu lepas iaitu pada 2 Februari 2010. Kutipan telah berjaya dikumpulkan daripada semua kampus seluruh Perak dan individu-individu yang prihatin dengan jumlah kutipan adalah sebanyak RM 1820, kutipan ini telah dibahagikan kepada dua untuk diserahkan kepada kedua-dua buah keluarga Almarhum. Bantuan kewangan ini diserahkan di atas nama Gamis Perak dan pihak kami juga telah menghubungi kedua-dua buah keluarga. Pihak kami Gamis Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk sama-sama membantu kedua-dua buah keluarga yang terlibat. Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua Almarhum ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Akhir kalam, Jazakumullahu khairan jazak kepada semua.

Saturday, January 23, 2010

9 pelajar ditahan bantah p'raya kampus

Jan 23, 10 1:49pm


Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.



Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai. Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.Mereka adalah

1.Hilman Idham,

2.Aizat Salleh,

3.Mohammad Za'im Mustapha,

4. Ahmad Shukri Kamarudin,

5. Ahmad Syukri Abdul Razak,

6. Mohammad Idris Yusoff (Presiden GAMIS Pusat),

7. Fikhri Harun,

8. Syahriul Ismail, dan

9. Ridhuan Jamil.

Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.
Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak.
Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit.
dipost oleh Admin Blog GAMIS Perak

BERITA PERAK : TV Pembohong Besar, Jawapan kepada Isu di Sungai Siput.

Saya amat kesal dengan putar belit dan lakonan yang sangat terancang oleh pihak TV yang menyiarkan berita yang kononnya Perak dalam porak peranda sejak di perintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Berita dan olahan yang tidak bertanggungjawab itu saya bantah dengan sekeras-kerasnya dan saya anggap dirancang oleh pihak tertentu bersempena dengan PR Kuala Terengganu Sabtu ini.

Berbohongnya TV kali ini sangat lah besar bohongnya. Ibarat kan seorang kanak-kanak ditanya berapakah umurnya katanya 50 tahun, bila ditanya berapa umur bapanya, jawabnya 9 tahun sahaja.

Bernasib malang lagi rakyat Malaysia yang senantiasa dihidangkan dengan berita-berita rekaan yang berniat jahat dan songsang itu.

Difahamkan Penghulu Mukin Sungai Siput akan menghantar laporan lengkap ke Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.

Berikut adalah jawapan saya kepada isu tersebut.
ISU GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.

Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa.

Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut.

Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

ISU GERAI MILIK MAJLIS DAERAH SUNGAI SIPUT

Sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar .

Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakun-pelakun kepada berita rekaan itu.

Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan adalah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah.

Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.

Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu.

Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anaknya sendiri. Itulah yang keluar di TV, bukannya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap.

PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya.

Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakun kepada klip berita bohong tersebut.

Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat. jawatan Dato' telah melayang sudah.

Baiklah jadi wakil rakyat yang disayangi oleh semua sebelum Dato' bersara dari politik, makin tua makin menjadi dengan kerja amal bukan kerja bohong.

YB. Drs. Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong /
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan,
Kerajaan Negeri Perak.

//cinaIslam

Friday, January 22, 2010

DERMASISWA IPTA

Selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Perak, ia telah membawa banyak polisi-polisi yang berbentuk kebajikan. Antaranya ialah Program Dermasiswa bagi anak-anak Perak yang diterima masuk ke IPTA. Setiap anak Perak yang mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah di IPTA telah diberi saguhati sebanyak RM1000.00. Seramai 6000 orang mahasiswa Perak berjaya mendapat ganjaran ini. Mereka boleh menggunakannya sebagai wang saku untuk perbelanjaan awal. Dermasiswa ini tidak perlu dibayar balik kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk program ini. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja kerajaan kebajikan, ia juga amat prihatin terhadap pendidikan anak-anak Perak. Pemberian-pemberian seperti ini membuat orang-orang BN bagaikan 'udang menggeletek dalam tangguk'. Akhirnya mereka telah merampas kuasa di Perak.

Wednesday, January 20, 2010

Seminar Mencari Cinta di RCMP


SEMINAR MENCARI CINTA

Tarikh
: 7 Febuari 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 am - 1.00 pm

Tempat : Auditorium ACC Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh

Panelis Undangan

Ustaz Hasrizal Abd Jamil
( Saifulislam.com)

Penulis Buku " Aku Terima Nikahnya"

YURAN : RM 15 Sahaja termasuk makan tengahhari

Siapa yang berminat boleh hubungi :

Najib Adnan : 013-2472868

Azie : 012-9360997

Amy : 014-8229457

Lawati Blog Rasmi ISC-RCMP


Tuesday, January 19, 2010

Poster: Sharing Session, UTP's Mission to Padang, Indonesia

Assalaamu'alaikum wrm wbt.



Untuk makluman: Perkongsian ini dibuat susulan daripada MISI BANTUAN KEMANUSIAAN UTP KE PADANG INDONESIA olehRakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (RM UTP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP) dan Unit Sokongan Kolej Kediaman UTP (RCSU UTP) pada 16 Januari 2010 hingga 19 Januari 2010.


SEMUA DI JEMPUT HADIR



Gambar: Dari kiri: Syawal (Wakil Kolej Kediaman), Mu'id (Wakil MPPUTP), Penasihat, Mohd Hakim Mohd Nor (Presiden Alumni Rakan Masjid), Akram Ismail (Presiden Rakan Masjid), Rector UTP, Pengarah HEP UTP, Ustaz Rahmat, Mu'min Al-Haafiz, Abdul Hadi.

Tentang Blog Ini

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
GAMIS Perak merupakan singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Negeri Perak. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (N.G.O.). Keahliannya terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang ingin memperjuangkan kedaulatan Islam di negeri Perak. Ia adalah sebagai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W.

Janji Allah: Menang atau Syahid

Janji Allah: Menang atau Syahid
Pemergian Al-Marhum Akh Fadhiri & Akh Faizol, Semoga mereka tergolong dikalangan HambaNya yang Syahid Fi Sabilillah.