Thursday, February 11, 2010

Liqa' Mahabbah GAMIS Perak - Pusat 2010

BISMILLAHWALHAMDULILLAH

Pada 7 Februari 2010 Gamis Perak
telah berjaya mengadakan Liqa’ Mahabbah 2010 atau Persidangan Meja Bulat Gamis Perak bersama Gamis Pusat bertempat di Slim River. Liqa’ ini telah dihadiri oleh beberapa orang wakil setiap kampus di seluruh Perak.


Antara agenda yang telah dilaksanakan antaranya adalah perasmian Gamis Perak oleh setiausaha agung Gamis Pusat ust. Mohd Zaki. Setelah itu, sesi Pengenalan
Gamis Pusat oleh wakil Gamis Pusat iaitu ust. Mohd Zaki, ustzh Nurul Izzatie Aziz merupakan Timbalan Pengerusi SIGMA dan ustzh. Aisyah Abu Bakar pula sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah Kampus Nasional (MDKN). Sesi perkongsian dan soal jawab antara kedua-dua belah pihak telah memberikan input-input yang berguna kepada wakil-wakil kampus Perak selain mengetahui perkembangan program yang akan dan sedang dilaksanakan oleh Gamis Pusat.Gamis Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir dan seterusnya telah menjayakan program ini dengan lancar. Tidak lupa juga kepada wakil Gamis Pusat yang sanggup berkorban masa untuk bersama-sama turun padang bertemu mahasiswa kampus seluruh Perak. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

sedikit gambar kenangan sepanjang Liqa' Mahabbah.











BANTUAN KEWANGAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya, Gamis Perak telah pun menyampaikan bantuan kewangan kepada kedua-dua buah keluarga Almarhum Mohd Fadhiri Mohamad Ariffin dan Almarhum Mohd Faizol Syukor yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pada 11 Januari 2010 dan kedua-dua mangsa merupakan mahasiswa UPSI.

http://alfatihah-mohdfadhiri.blogspot.com/

Almarhum ust.Mohd Faizol

Bantuan kewangan telah disampaikan pada minggu lepas iaitu pada 2 Februari 2010. Kutipan telah berjaya dikumpulkan daripada semua kampus seluruh Perak dan individu-individu yang prihatin dengan jumlah kutipan adalah sebanyak RM 1820, kutipan ini telah dibahagikan kepada dua untuk diserahkan kepada kedua-dua buah keluarga Almarhum. Bantuan kewangan ini diserahkan di atas nama Gamis Perak dan pihak kami juga telah menghubungi kedua-dua buah keluarga. Pihak kami Gamis Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk sama-sama membantu kedua-dua buah keluarga yang terlibat. Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua Almarhum ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Akhir kalam, Jazakumullahu khairan jazak kepada semua.

Tentang Blog Ini

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
GAMIS Perak merupakan singkatan kepada Gabungan Mahasiswa Negeri Perak. Ia merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (N.G.O.). Keahliannya terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Islam yang ingin memperjuangkan kedaulatan Islam di negeri Perak. Ia adalah sebagai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W.

Janji Allah: Menang atau Syahid

Janji Allah: Menang atau Syahid
Pemergian Al-Marhum Akh Fadhiri & Akh Faizol, Semoga mereka tergolong dikalangan HambaNya yang Syahid Fi Sabilillah.